KAEDAH FAIZI - ANUGERAH PINGAT PERAK INOVASI GURU KEBANGSAAN.


Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat Allah S.W.T, KAEDAH FAIZI yang pernah cikgu kongsikan kepada semua sebelum ini telah memenangi Anugerah Pingat Perak Pertandingan Inovasi Guru Kebangsaan 2011. Pertandingan ini berlangsung pada 30 Oktober - 2 November di Afamosa Resort Melaka.

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KETUA PENGARAH IPG MALAYSIA.

Cikgu sangat berbangga kerana dapat menyertai pertandingan ini kerana cikgu dapat bertemu dengan guru - guru yang jauh lebih berpengalaman dan berbakat besar dalam dunia pendidikan. Maklumlah cikgu pun baru sahaja berkhidmat kurang dua tahun. Pengalaman bersama guru - guru cemerlang dan guru - guru hebat seluruh Malaysia sangat mengujakan.







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KAEDAH ‘SIKKAP-3M-2K-BPB’ BAGI MENGHAFAL KATA KUNCI NILAI PENDIDIKAN MORAL BIDANG PEMBELAJARAN 3 : ALAM SEKITAR.

KAEDAH FAIZI BAGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN FAKTA , PERBINCANGAN DAN PENDAPAT