Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2012

Kursus Kajian Tindakan Kebangsaan IAB Utara

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya telah lama cikgu tidak nukilkan sebarang entri semenjak Julai lalu.  Pada 27-30 Ogos lalu cikgu telah menyertai Kursus Kajian Tindakan yang diadakan di Institut Aminuddin Baki Utara, Jitra Kedah. Kursus selama 4 hari ini banyak memberikan pendedahan tentang proses melaksankan dan penghasilan kajian tindakan bagi guru guru disekolah.  Peserta Kurus Bergambar Kenang Kenagan. Kursus ini dikendalikan oleh 3 orang pensyarah IAB iaitu Dr. Sazali Ahmad, Pn. Hjh Rosnani Kaman dan En. Ahmad Hanizar. Terdapat 6 slot kesemuanya yang merungkaikan kaedah pelaksanaan kajian tindakan yang baik.  Saya Sedang Mempengerusi Acara Sepanjang kursus ini berlangsung kaedah bengkel dan perkongsian ilmu dilakukan bagi bertukar idea dan pendapat antara perserta kurusus yang terdiri daripada guru Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru Cemerlang dari seluruh Malaysia. - Cikgu Hairul Faiezi Lokman -