Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Seminar / Pembentangan

Kursus Kajian Tindakan Kebangsaan IAB Utara

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya telah lama cikgu tidak nukilkan sebarang entri semenjak Julai lalu.  Pada 27-30 Ogos lalu cikgu telah menyertai Kursus Kajian Tindakan yang diadakan di Institut Aminuddin Baki Utara, Jitra Kedah. Kursus selama 4 hari ini banyak memberikan pendedahan tentang proses melaksankan dan penghasilan kajian tindakan bagi guru guru disekolah.  Peserta Kurus Bergambar Kenang Kenagan. Kursus ini dikendalikan oleh 3 orang pensyarah IAB iaitu Dr. Sazali Ahmad, Pn. Hjh Rosnani Kaman dan En. Ahmad Hanizar. Terdapat 6 slot kesemuanya yang merungkaikan kaedah pelaksanaan kajian tindakan yang baik.  Saya Sedang Mempengerusi Acara Sepanjang kursus ini berlangsung kaedah bengkel dan perkongsian ilmu dilakukan bagi bertukar idea dan pendapat antara perserta kurusus yang terdiri daripada guru Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru Cemerlang dari seluruh Malaysia. - Cikgu Hairul Faiezi Lokman -

Seminar Kajian Tindakan Negeri Selangor 2012

Imej
Alhamdulillah buat julung kalinya, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor berjaya menganjurkan Seminar Kajian Tindakan Kali Pertama 2012. Acara yang sepatutya berlangsung pada bulan Mei lalu ditunda pada 21-22 Jun 2012 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang Selangor. Program ini menghimpunkan seramai 30 pembentang dari kalangan guru sekitar Negeri Selangor dan membabitkan 200 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai PPD, Pengetua / Guru Besar, Guru Cemerlang dan para guru sekolah-sekolah Selangor. Pembentang dan AJK Pelaksana Bergambar Kenangan Bersama  Pengarah Pelajaran Negeri Selango r Cikgu terlibat sebagai pembentang sidang pertama sesi ketiga. Pada kali ini cikgu membentangkan Kaedah SIKKAP - 3M - 2K dan BPB bagi menghafal kata kunci nilai Alam Sekitar Pendidikan Moral.  Alhamdulillah proses pembentangan berjalan dengan lancar. Cikgu dapat berkongsikan serba sedikit ilmu yang tidak seberapa ini kepada rakan guru lain berkenaan kaedah cikgu. Semoga be...

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN NEGERI SELANGOR 2012

Imej
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor akan menganjurkan Seminar Kajian Tindakan Negeri Selangor Kali Pertama di Hotel Gold Course Klang , 17 Mei 2012. Pada seminar ini cikgu Hairul akan membentangkan Kertas Kajian Pendidikan Moral Kaedah SiKkaP - 3M - 2K - BPB di bilik 2 sidang 1.Para guru yang berminat bolehlah berhubung dengan PPD sekolah masing masing ataupun JPNS.   Published with Blogger-droid v2.0.4