Catatan

Tunjukkan catatan dari 2011

PENDIDIKAN MORAL SECARA TOTAL 2012

Imej
Cikgu ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua pengunjung blog cikgu. Pada tahun 2012 ini cikgu akan mengajar secara total subjek Pendidikan Moral. Cikgu tidak mengajar Amalan Bahasa Melayu Peralihan dan Bahasa Melayu Tingkatan 2 lagi. Maknanya cikgu hanya mengajar opsyen utama cikgu. Justeru itu, sudah tentu kaedah kaedah selepas ini cikgu akan memfokuskan kepada Subjek Pendidikan Moral. Walaubagaimanapun, seandainya pelajar ingin bertanyakan tentang karangan Bahasa Melayu, cikgu masih boleh membantu anda semua. Cikgu berharap tahun 2012 akan membawa sirna kejayaan dan memberi laluan kegemilangan buat kita semua. Insya Allah. - Cikgu Hairul Faiezi Lokman -

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN HULU SELANGOR.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Pada 9 November lalu cikgu menyertai satu Seminar Kajian Tindakan Kali Pertama Daerah Hulu Selangor di SMK Serendah, Hulu Selangor. Cikgu terlibat sebagai pembentang bagi seminar ini bersama dengan 20 orang guru lain yang dipilih dari seluruh Hulu Selangor. Cikgu berharap melalui pembentangan ini cikgu dapat berkongsi ilmu kepada semua guru diseluruh Daerah Hulu Selangor walaupun sedikitb tetapi diharap ianya dapat dimanfaatkan oleh guru-guru yang lain. - Cikgu Hairul Faiezi Lokman -

KAEDAH FAIZI - ANUGERAH PINGAT PERAK INOVASI GURU KEBANGSAAN.

Imej
Alhamdulillah dengan berkat dan rahmat Allah S.W.T, KAEDAH FAIZI yang pernah cikgu kongsikan kepada semua sebelum ini telah memenangi Anugerah Pingat Perak Pertandingan Inovasi Guru Kebangsaan 2011. Pertandingan ini berlangsung pada 30 Oktober - 2 November di Afamosa Resort Melaka. BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA KETUA PENGARAH IPG MALAYSIA. Cikgu sangat berbangga kerana dapat menyertai pertandingan ini kerana cikgu dapat bertemu dengan guru - guru yang jauh lebih berpengalaman dan berbakat besar dalam dunia pendidikan. Maklumlah cikgu pun baru sahaja berkhidmat kurang dua tahun. Pengalaman bersama guru - guru cemerlang dan guru - guru hebat seluruh Malaysia sangat mengujakan.

KAEDAH FAIZI BAGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN FAKTA , PERBINCANGAN DAN PENDAPAT

Imej
Untuk menghasilkan sesebuah karangan yang baik, selain daripada isi, pendahuluan juga merupakan salah satu perkara yang sangat penting. Pendahuluan yang baik perlu dihasilkan menurut kaedah dan kriteria yang tertentu. Justeru itu, kajian ini dihasilkan bagi mempertingkatkan mutu penghasilan pendahuluan bagi karangan jenis fakta, perbincangan dan pendapat . Kaedah tema melalui huruf F, A, I, Z dan I yang membawa beberapa pendefinisian dijadikan sebagai modus utama kaedah kajian. Setiap huruf saling melengkapi bagi membentuk sebuah pendahuluan karangan jenis fakta, perbincangan dan pendapat yang baik. KAEDAH FAIZI Apakah Frasa F A I Z I ? Frasa   FAIZI membawa pendefinisian bagi setiap huruf.       F – Fokus Soalan       A – Ambil Isu       I – Indahkan       Z – Zahirkan Perasaan       I – Interpretasi Soalan Penerangan Setiap Kata Kunci F A I Z I Fokus Soalan – Pelajar diminta menulis fokus utama bagi soalan   yang diutarakan Ambil

Kaedah Rujukan Untuk Pelajar

Imej
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cikgu Hairul membina blog ini sebagai satu sumber informasi berguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Cikgu berharap informasi kaedah yang cikgu hasilkan dapat dikongsi bersama dengan anak murid cikgu dan kepada semua pembaca blog. Kaedah - kaedah didalam blog ini juga boleh dimuat turun dan boleh dirujuk oleh pembaca sebagai contoh dan panduan P&P. Semoga idea dan curahan idea yang disampaikan menjadi panduan dan manfaat semua. - Cikgu Hairul Faiezi Lokman -