KAEDAH FAIZI BAGI MENGHASILKAN PENDAHULUAN KARANGAN FAKTA , PERBINCANGAN DAN PENDAPAT




Untuk menghasilkan sesebuah karangan yang baik, selain daripada isi, pendahuluan juga merupakan salah satu perkara yang sangat penting. Pendahuluan yang baik perlu dihasilkan menurut kaedah dan kriteria yang tertentu. Justeru itu, kajian ini dihasilkan bagi mempertingkatkan mutu penghasilan pendahuluan bagi karangan jenis fakta, perbincangan dan pendapat.

Kaedah tema melalui huruf F, A, I, Z dan I yang membawa beberapa pendefinisian dijadikan sebagai modus utama kaedah kajian. Setiap huruf saling melengkapi bagi membentuk sebuah pendahuluan karangan jenis fakta, perbincangan dan pendapat yang baik.

KAEDAH FAIZI


Apakah Frasa F A I Z I ?

Frasa  FAIZI membawa pendefinisian bagi setiap huruf.

      F – Fokus Soalan
      A – Ambil Isu
      I – Indahkan
      Z – Zahirkan Perasaan
      I – Interpretasi Soalan

Penerangan Setiap Kata Kunci F A I Z I

Fokus Soalan – Pelajar diminta menulis fokus utama bagi soalan yang diutarakan

Ambil Isu – Pelajar seterusnya diminta menulis beberapa isu terkini/semasa berkaitan soalan karangan yang dipaparkan.

            Indahkan – Pelajar kemudiannnya diminta untuk memasukkan   unsur-unsur tambahan   
            seperti memasukkan  peribahasa, persoalan, perumpamaan, kata kata/ucapan tokoh
            dan sebagainya.

            Zahirkan Perasaan –  Pelajar seterusnya diminta untuk meluahkan perasaan, pendirian
            mahupun idea ringkas tentang soalan.

            Interpretasi Soalan – Diakhirnya pelajar diminta untuk membuat
            tafsiran kehendak soalan.

Contoh

Kes pembuangan bayi semakin membimbangkan di Malaysia..
Nyatakan langkah-langkah proaktif yang wajar diambil bagi mengatasi masalah ini.

Fokus soalan :
Kes pembuangan bayi

Ambil isu :
Penemuan mayat bayi dibuang dan dibakar di Kluang, Johor.

Indahkan :
Umpama Zaman Jahiliah (kisah sejarah)

Zahirkan perasaan :
Sangat membimbangkan dan perlu diambil perhatian serius.

Interpretasi Soalan :
Langkah-langkah proaktif

Gabungan dari keseluruhan  ayat yang dihasilkan menggunakanm kaedah “FAIZI” adalah seperti di bawah

Kes pembuangan bayi di Malaysia semakin serius (F). Penemuan mayat bayi yang dibuang dan dibakar di Kluang, Johor sangat menyentuh perasaan (A). Manusia kini umpama masyarakat zaman Jahiliyah yang gemar membunuh anak perempuan satu ketika dahulu (I). Masalah ini semakin membimbangkan dan perlu diambil perhatian serius (Z). Justeru, langkah-langkah proaktif haruslah dilaksanakan dengan sewajarnya (I).

Contoh Hasil Sebelum dan Selepas Karangan Pendahuluan Pelajar


Contoh Hasil Sebelum dan Selepas Karangan Pendahuluan Pelajar


Selamat mencuba kaedah ini.

- Cikgu Hairul Faiezi Bin Lokman -

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KAEDAH ‘SIKKAP-3M-2K-BPB’ BAGI MENGHAFAL KATA KUNCI NILAI PENDIDIKAN MORAL BIDANG PEMBELAJARAN 3 : ALAM SEKITAR.

KAEDAH FAIZI - ANUGERAH PINGAT PERAK INOVASI GURU KEBANGSAAN.