Catatan

Kursus Kajian Tindakan Kebangsaan IAB Utara

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya telah lama cikgu tidak nukilkan sebarang entri semenjak Julai lalu.  Pada 27-30 Ogos lalu cikgu telah menyertai Kursus Kajian Tindakan yang diadakan di Institut Aminuddin Baki Utara, Jitra Kedah. Kursus selama 4 hari ini banyak memberikan pendedahan tentang proses melaksankan dan penghasilan kajian tindakan bagi guru guru disekolah.  Peserta Kurus Bergambar Kenang Kenagan. Kursus ini dikendalikan oleh 3 orang pensyarah IAB iaitu Dr. Sazali Ahmad, Pn. Hjh Rosnani Kaman dan En. Ahmad Hanizar. Terdapat 6 slot kesemuanya yang merungkaikan kaedah pelaksanaan kajian tindakan yang baik.  Saya Sedang Mempengerusi Acara Sepanjang kursus ini berlangsung kaedah bengkel dan perkongsian ilmu dilakukan bagi bertukar idea dan pendapat antara perserta kurusus yang terdiri daripada guru Penolong Kanan, Ketua Panitia dan Guru Cemerlang dari seluruh Malaysia. - Cikgu Hairul Faiezi Lokman -

Seminar Kajian Tindakan Negeri Selangor 2012

Imej
Alhamdulillah buat julung kalinya, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor berjaya menganjurkan Seminar Kajian Tindakan Kali Pertama 2012. Acara yang sepatutya berlangsung pada bulan Mei lalu ditunda pada 21-22 Jun 2012 bertempat di Hotel Goldcourse, Klang Selangor. Program ini menghimpunkan seramai 30 pembentang dari kalangan guru sekitar Negeri Selangor dan membabitkan 200 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai PPD, Pengetua / Guru Besar, Guru Cemerlang dan para guru sekolah-sekolah Selangor. Pembentang dan AJK Pelaksana Bergambar Kenangan Bersama  Pengarah Pelajaran Negeri Selango r Cikgu terlibat sebagai pembentang sidang pertama sesi ketiga. Pada kali ini cikgu membentangkan Kaedah SIKKAP - 3M - 2K dan BPB bagi menghafal kata kunci nilai Alam Sekitar Pendidikan Moral.  Alhamdulillah proses pembentangan berjalan dengan lancar. Cikgu dapat berkongsikan serba sedikit ilmu yang tidak seberapa ini kepada rakan guru lain berkenaan kaedah cikgu. Semoga berjumpa la

KATA KATA PERANGSANG KEJAYAAN

Rezeki dlm kehidupan tekadang mudah tekadang susah, semua telah Allah tentukan. Kalau sudah ada rezeki maka akan adalah kelak. Usah terlalu mengharap kelak kecewa mengundang di dalam jiwa. Kedengkian melihat kejayaan sahabat sahabat adalah kedengkian yang baik demi membina diri menggapai kejayaan. Begitulah seadanya. - Cikgu Hairul Published with Blogger-droid v2.0.4

PENCERAPAN JPN SELANGOR

Imej
Assalamualaikum, salam sejahtera semua. Pada 24 April lalu 2 orang Pegawai Unit Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor mengadakan sesi pencerapan kepada cikgu Hairul. Diharap pencerapan yang dilakukan memuaskan dan mendapat tindak balas yang positif. .Semua Doakan ya. Published with Blogger-droid v2.0.4

SEMINAR KAJIAN TINDAKAN NEGERI SELANGOR 2012

Imej
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor akan menganjurkan Seminar Kajian Tindakan Negeri Selangor Kali Pertama di Hotel Gold Course Klang , 17 Mei 2012. Pada seminar ini cikgu Hairul akan membentangkan Kertas Kajian Pendidikan Moral Kaedah SiKkaP - 3M - 2K - BPB di bilik 2 sidang 1.Para guru yang berminat bolehlah berhubung dengan PPD sekolah masing masing ataupun JPNS.   Published with Blogger-droid v2.0.4

KAEDAH ‘SIKKAP-3M-2K-BPB’ BAGI MENGHAFAL KATA KUNCI NILAI PENDIDIKAN MORAL BIDANG PEMBELAJARAN 3 : ALAM SEKITAR.

Imej
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah dengan rahmat ALLAH SWT dapatlah cikgu mencipta satu kaedah pembelajaran baru bagi menghafal kata Kunci Nilai 3 : Alam Sekitar bagi subjek Pendidikan Moral. Penggunaan Kaedah Cerita Ringkas Bagi Menghafal Kata Kunci Nilai Bidang Pembelajaran 3 : Alam Sekitar Langkah 1 : Menghafal Cerita Ringkas Ayah mempunyai SiKKaP . Ibu mempunyai 3M , Abang mempunyai 2K . Saya pula mempunyai BPB . Langkah 2 : Penerangan satu persatu akronim cerita yang membawa maksud nilai dan kata kunci. S i KK a P S      -       Sayang K      -        Keharmoniaan K      -        Kemapanan P      -        Peka                              3M                 M      -        Memelihara                 M      -        Memulihara                 M      -        Memerlukan                2K                 K       -       Kualitii                 K       -        Kekal                 BPB